Saturday, January 14, 2017

Pernah rasa macam nak tukar pakai gaming mouse bila main game DotA tau CS:GO? Logitech G300s mungkin satu solusi kepada masalah anda yang mempunya bajet rendah.




Spesifikasi & Rekabentuk (Spec & Design):
Gaming mouse Logitech G300s ini adalah untuk pemain/gamer dalam kategori entry. Terdapat 8 butang, untuk pelbagai configuration untuk kesesuaian gaya permainan. Sisi badan mouse dilapisi lapisan getah untuk kelebihan grip ketika bermain.

Beserta sekali link untuk download Logitech Gaming Software, khas untuk configure settings mengikut citarasa masing-masing. Sensitivity gaming mouse ini boleh diubah dari 200 DPI ke 2500 DPI dengan bantuan software ini. Juga, anda dapat save preset settings untuk memudahkan anda ketika diperlukan.


Prestasi (Performance):
Dari segi performance, mouse ini sangat lancar bila digerakkan berbanding mouse standard. Butang click pun sangat sedap/lembut/mudah diklik dan fungsi 8 butang extra sangat berguna bila diperlukan. Untuk permainan jenis 1st person shooter, mungkin anda tidak pelukan kesemua butang tetapi butang-butang ini sangat berguna untuk permainan jenis strategy atau RPG.

Kesimpulan (Summary):
Gaming mouse Logitech G300s ini sudah cukup sesuai untuk pemain dalam kategori entry. Mungkin permain tahap intermediate juga sesuai untuk menggunakannya.

Pros:

  • 8 button yang sangat membantu ketika permainan
  • Settings dan colour light untuk indicator mode settings.
  • Pergerakan mouse yang sangat lancar dan mouse click yang selesa.

Cons:
  • Bentuk badan mouse yang mungkin sesuai untuk tangan yang kecil atau sederhana.
  • Berwayar. Walaupun wayar agak panjang tapi kurang bebas berbanding wireless.


Monday, January 2, 2017

Memperkenalkan.. Philips InfraPhil Infrared Lamp 150W (PIIL) ni untuk sesiapa yang memerlukan otot-otot mereka relax. Andai kata kita terseliuh lepas workout ke.. boleh cuba PIIL ni sebab dia akan kurangkan rasa sakit otot dan urat. Dengan kata lain, tak perlu cari minyak panas untuk bagi otot lega. Sesuai untuk orang yang ada penyakit sendi (macam gout atau arthiritis). Tembak je lampu ni mesti lega.



Spesifikasi & Rekabentuk (Spec & Design):
PIIL ni didatangkan dengan body dan infrared lamp yang besar. Body berwarna putih dan infrared lamp yang berwarna putih.. of course merah.

Suis terletak kat belakang bahagian head. Pulas je ke 'on'.. 'jalan'.



Prestasi (Performance):
Tembakan dia dengan cahaya infrared (yeap.. sekali lagi diulang.. infrared diaorng panggil.. orang belajar elektronik jangan gelak okay.. bahasa marketing ni lain skit). Agak kuat cahaya merah, buat penulis rasa mcm cyclop optic blast pulak.

Kepanasan dia.. memang panas. Boleh rasa sampai dalam otot. Tapi hati-hati, jangan tembak dekat sangat sebab takut kulit melecur. Manual bagitau kena sekurang-kurangnya 30cm dari lampu device.


Kesimpulan (Summary):

Pros:

  • Berkesan untuk melegakan otot dan sendi.
  • Kepanasan dari lampu yang cukup.


Cons:

  • Kena hati-hati dengan jarak objek dan device.
  • Cahaya infrared yang kuat (agak sakit mata kalau perhati lama-lama)