Thursday, August 1, 2019

Puma Melancarkan Jersi Edisi Khas Ulangtahun Manchester City ke 125 tahun

Manchester City dah mulakan sambutan 125 tahun dengan lancarnya kit edisi khas, 'Manchester City 125th anniversary'. Jersi ini akan berada di pasaran dari 29 Ogos 2019 untuk para penyokong.



Jersi Manchester City 125 years akan dipakai oleh pemain semasa Community Shield nanti, lawan Liverpool kat Stadium Wembley pada 4 Ogos 2019. Means, complete dah jersi Manchester City untuk season 19/20 ini. David Silva nampak bergaya dengan kit ni.


Jersi tak ada logo Puma kat hadapan jersi. Logo pasukan di bahagian dada kiri akan ada tulisan 125 tahun kat bawah dia untuk bagitau kelab ni.. dah lama dah. Yes, jersi ni pakai kolar roundneck yang simple warna putih beserta dengan jalur putih kat lengan. Kat bahagian dalam, kat belakang tengkuk ada tulisan 'Manchester City Since 1894' dan ada jugak 'Certificate of Incorporation' kat dalam bahagian dalam baju.






Hanya 1894 helai jersi ini akan dijual untuk versi authentic manakala versi 'fan' akan dijual seperti biasa.

P/s: harga dia confirm tahap firaun! Mampu tengok je la bro..

Rujukan: Footy Headlines
Kredit foto: Footy Headlines

#city #puma #125yearsanniversary #bajetahusukan #bajetahufesyen

No comments:

Post a Comment