Saturday, January 14, 2017

Review: Logitech G300s

Pernah rasa macam nak tukar pakai gaming mouse bila main game DotA tau CS:GO? Logitech G300s mungkin satu solusi kepada masalah anda yang mempunya bajet rendah.




Spesifikasi & Rekabentuk (Spec & Design):
Gaming mouse Logitech G300s ini adalah untuk pemain/gamer dalam kategori entry. Terdapat 8 butang, untuk pelbagai configuration untuk kesesuaian gaya permainan. Sisi badan mouse dilapisi lapisan getah untuk kelebihan grip ketika bermain.

Beserta sekali link untuk download Logitech Gaming Software, khas untuk configure settings mengikut citarasa masing-masing. Sensitivity gaming mouse ini boleh diubah dari 200 DPI ke 2500 DPI dengan bantuan software ini. Juga, anda dapat save preset settings untuk memudahkan anda ketika diperlukan.


Prestasi (Performance):
Dari segi performance, mouse ini sangat lancar bila digerakkan berbanding mouse standard. Butang click pun sangat sedap/lembut/mudah diklik dan fungsi 8 butang extra sangat berguna bila diperlukan. Untuk permainan jenis 1st person shooter, mungkin anda tidak pelukan kesemua butang tetapi butang-butang ini sangat berguna untuk permainan jenis strategy atau RPG.

Kesimpulan (Summary):
Gaming mouse Logitech G300s ini sudah cukup sesuai untuk pemain dalam kategori entry. Mungkin permain tahap intermediate juga sesuai untuk menggunakannya.

Pros:

  • 8 button yang sangat membantu ketika permainan
  • Settings dan colour light untuk indicator mode settings.
  • Pergerakan mouse yang sangat lancar dan mouse click yang selesa.

Cons:
  • Bentuk badan mouse yang mungkin sesuai untuk tangan yang kecil atau sederhana.
  • Berwayar. Walaupun wayar agak panjang tapi kurang bebas berbanding wireless.


No comments:

Post a Comment