Sunday, May 13, 2018

Secara rasmi, Arsene Wenger telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia pengurusan untuk Arsenal FC pada 14 Mei 2018. Perlawanan terakhir untuk musim 17/18 menentang Huddersfield ini telah berlangsung di Stadium Kirklees dengan menyaksikan pasukan pelawat memenangi perlawanan tersebut 0-1.


Statistik karier Arsene Wenger bersama Arsenal FC:

  • 22 tahun
  • 1,235 perlawanan
  • 716 kemenangan
  • 2,298 gol
  • 1 Arsène Wenger



Terima kasih Arsene! #MerciArsene


Rujukan:

Thursday, May 10, 2018

Lara Croft merupakan watak virtual yang agak popular dikalangan dunia gaming. Watak fiksyen yang pernah menjadi kontroversi telah dilahirkan semula dalam siri reboot Tomb Raider pada tahun 2013 yang lalu. Kini, siri Tomb Raider ke-3 telah diumumkan tarikh perlancarannya secara rasmi pada awal Mac 2018 sebagai Shadow of the Tomb Raider (SotTR).


Trailer untuk permainan SotTR ini agak menakjubkan. Jika kita lihat ada peningkatan dari segi kualiti grafik dan permainan. Namun perlu diingat, ia hanyalah trailer. Mari kita berharap hasil terakhir ini mendapat sentuhan yang diharapkan daripada pembangunnya, Crystal Dynamic.





Permainan video ini akan dilancarkan untuk platform PS4, XBOX One dan PC pada 14 September 2018. Pre-order telah dibuka sekarang di Steam.

Rujukan: