Thursday, May 10, 2018

Shadow of the Tomb Raider: Tarikh perlancaran siri pengembaraan Lara Croft ke-3 telah diumumkan

Lara Croft merupakan watak virtual yang agak popular dikalangan dunia gaming. Watak fiksyen yang pernah menjadi kontroversi telah dilahirkan semula dalam siri reboot Tomb Raider pada tahun 2013 yang lalu. Kini, siri Tomb Raider ke-3 telah diumumkan tarikh perlancarannya secara rasmi pada awal Mac 2018 sebagai Shadow of the Tomb Raider (SotTR).


Trailer untuk permainan SotTR ini agak menakjubkan. Jika kita lihat ada peningkatan dari segi kualiti grafik dan permainan. Namun perlu diingat, ia hanyalah trailer. Mari kita berharap hasil terakhir ini mendapat sentuhan yang diharapkan daripada pembangunnya, Crystal Dynamic.





Permainan video ini akan dilancarkan untuk platform PS4, XBOX One dan PC pada 14 September 2018. Pre-order telah dibuka sekarang di Steam.

Rujukan:

No comments:

Post a Comment