Monday, March 26, 2018

Piala Dunia 2018 Russia: Perlancaran Jersi Kebangsaan England

Para peminat pasukan kebangsaan England semestinya sangat menantikan jersi terbaru pasukan ini. 





Sekali lagi dihasilkan oleh Nike, rekabentuk jersi terbaru ini memperlihatkan konsep yang lebih tradisional dan menyerlah bagi pasukan 'Three Lions' ini. Jersi pasukan bolasepak England untuk Piala Dunia 2018 ini telah diumumkan pada 7 Februari 2018. 

Jersi 'Home':


Bagi Jersi Home, Nike telah menetapkan warna tradisional iaitu gabungan putih (baju jersi dan sarung kaki) dan biru tua (seluar). 'Detail' atau diperincikan dengan garisan warna merah pada kolar dan set nombor menyerlahkan lagi rupa/rekabentuk jersi seragam terbaru ini.


Warna biru langit pada bahagian lengan telah diabaikan dan digantikan dengan rekaan yang lebih bersih berbanding jersi EURO 2016 yang lalu.





Jersi 'Away':

Seperti tahun lepas, Nike telah memilih sekali warna merah sebagai pilihan warna untuk baju 'Away' The Three Lions. Berinspirasikan kemenagan Piala Dunia 1966, jersi kali ini direka dengan warna 'all red' (baju jersi dan sarung kaki) dan putih (seluar).

Seperti jersi 'home', warna merah tua pada bahagian lengan telah diabaikan dan digantikan dengan rekaan yang lebih bersih berbanding jersi EURO 2016 yang lalu.
.


Rujukan:



No comments:

Post a Comment