Wednesday, April 25, 2018

FIFA 18: WORLD CUP DLC akan dilancarkan tidak lama lagi

Permainan video FIFA telah menunjukkan peningkatan kualiti dan telah berjaya menyaingi seterunya, Pro Evolution Soccer sebagai permainan video bolasepak terbaik. Untuk tahun 2018, permainan FIFA 18 akan mempunyai downloadable content (DLC) World Cup 2018. Ini bagi  memeriahkan lagi Piala Dunia pada tahun ini yang akan berlangsung di Russia pada musim panas.



Tidak seperti Piala Dunia yang lepas, pihak EA Sports tidak akan melancarkan permainan stand alone untuk Piala Dunia seperti World Cup 2014:Brazil, World Cup 2010: South Africa dan sebelumnya. Untuk kali ini, para pemain perlu mendapatkan salinan FIFA 18 bagi membolehkan untuk bermain edisi World Cup.

Seperti yang ditunjukkan dibawah, vlogger Cat Leo telah menunjukkan antaramuka bagi DLC edisi World Cup 2018.


Dianggarkan, tarikh perlancaran akan berada dalam sekitar bulan Mei 2018, sejurus selepas pusingan akhir Liga Juara-juara Eropah/ UEFA Champions League 2018.

Mari kita sama-sama nantikan dan DLC ini akan dilancarkan untuk semua konsol terkini (Playstation 4, X-box One, Nintendo Switch) dan juga PC.

Rujukan:



No comments:

Post a Comment