Friday, March 30, 2018

Perlawanan Persahabatan: Kontoversi Teknologi VAR penyebab England gagal menang bertemu Itali

Perlawanan Persahabatan antara England dan Itali telah berlansung di Wembley, England dalam agak kontroversi pada  27 Mac 2017. Perlawanan ini diakhiri denagn keputusan 1-1.
Sekali lagi sistem Video Assistance Referee (VAR) gagal berfungsi dengan baik. Ia telah menyebabkan pasukan Itali menerima sepakan penalti dan disempurnakan dengan gol oleh Lorenzo Insigne pada minit ke-87.

Keadaan ini agak mengecewakan pasukan England yang mengharapkan kemenangan selepas diuji oleh jentera pasukan Itali.


Perlawanan persahabatan ini bermula dengan baik bagi pasukan Itali apabila Ciro Immobile hampir menjaringkan gol pada permulaan permainan. Namun pasukan England bangkit dengan keyakinkan serta mengekalkan rentak 'posession' permainan dan juga serang-balas/'counter-attack'.

Jamie Vardy menghadiahkan gol bagi pasukan England seawal minit ke-26, selepas menyambut sepakan percuma dari Jesse Lingard.

Pasukan England bermain dengan permainan yang sangat baik dan 'sophisticated' sehingga mendominasi permainan pada separuh masa kedua. Namun, penalti dihadiahkan apabila James Tarkowski telah melakukan 'foul' pada Federico Chiesa di kotak penalti. Pengadil memerhatikan VAR selepas ragu-ragu dengan tindakan 'foul' tersebut. Lorenzo Insigne menyempurnakan sepakan penalti tersebut melewati Jack Butland.


Pengurus pasukan Englan, Gareth Southgate, sangat tidak berpuas hati dengan sistem VAR dan mengkritik ketidaktentuan sistem tersebut.

"Saya rasa peraturan ialah hanya megenai 'terang' dan 'jelas' tetapi tidak dengan ini ('foul' oleh James Tarkowski). Ia sesuatu yang boleh dipertikaikan sepanjang hari", kata Southgate

Tambah beliau,"Saya tidak rasa insiden seperti tu dapat diselesaikan dengan VAR"

Biarpun begitu, sistem VAR ini masih akan digunapakai pada Piala Dunia 2018 di Russia. Mari kita nantikan situasi-situasi yang mungkin berlaku dan ia akan memeriahkan suasana pertandingan ini dengan penuh drama.


Rujukan:




No comments:

Post a Comment