Saturday, March 31, 2018

PlayerUnknown's Battleground Mobile: Permainan 'mobile' yang berbaloi untuk dicuba.

PlayerUnknown's Battleground (PUBG) merupakan salah satu permainan video yang agak popular dan kian meningkat naik. Dilancarkan pada 21 Disember 2017 di Steam untuk versi PC, konsep permainan video ini adalah untuk kategori 'Massively Multiplayer Action/Adventure' atau dikenali juga sebagai kategori 'Battle Royale'.




Namun versi 'mobile' untuk aplikasi Android dan iPhone telah dilancarkan pada 19 Mac 2017 yang lalu. Terkesan daripada populariti versi PC, perlancaran versi 'mobile' telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Mari kita selusuri ciri-ciri untuk permainan PUBG versi 'mobile' ini.

Dibangunkan oleh Tebncent Games dengan koliborasi Lightspeed & Quantum Studios, PUBG versi 'mobile' ini telah di'optimize' dengan sangat baik untuk skrin kecil. Permainan ini memerlukan ruang kapasiti simpanan sebanyak 777 MB dan ia sangat lancar dimainkan pada talian WiFi.


Untuk ciri permainan dan visual, para pembangun memutuskan untuk 'setia' pada ciri yang ada pada versi PC. Pemain boleh melaras 'frame rate' dan resolusi skrin untuk pengalaman yang terbaik. Dengan ini, PUBG mampu menawarkan antara ciri grafik tebaik untuk kategori permainan 'shooting' untuk skrin yang kecil.

Pengamatan penulis ketika bermain permainan ini, rupanya tidak tumpah daripada versi PC. Lebih 100 pemain akan diturunkan ke pulau yang asing dan mereka perlu terus hidup sehingga tamat permainan dengan berbekalkan senjata yang mampu membunuh pemain yang lain. Usai waktu, kawasan permainan akan dikecilkan dan sesiapa yang keluar dari kawasan tersebut akan dimatikan secara automatik. Para pemain perlu kekal didalam kawasan yang ditetapkan dan ia ampu membuatkan permainan ini lebih mencabar. Para pemain tidak dapat sembunyi di sesuatu lokasi tetapi perlu bergerak dengan lebih kerap ke 'playable zone'.



Melayari permainan ini di telefon pintar agak mencabar berbanding versi PC ('keyboard'/'mouse') atau 'game controller'  kerana butang kawalan agak 'bersepah' pada skrin yang kecil. Agak sukar untuk penulis menghalakan target tetapi permainan ini ada menawarkan mod ketepatan ('precision mode') untuk medapatkan lebih ketepatan dan tembakan yang baik. Pihak pembangun tidak mengabaikan sebarang kekunci/butang kawalan yang telah diberikan pada versi PC untuk versi 'mobile'. Pada pendapat kami, peta pada skrin perlu dikemaskini kerana tiada pilihan untuk 'zoom-in' dan 'zoom-out'. Ia menyebabkan agak sukar untuk para pemain mengesan permain lain atau lokasi yang tepat.

Boleh dimainkan secara solo atau berkumpulan, PUBG versi 'mobile' ini agak menarik untuk dicuba. Amaran dari kami, permainan ini mampu menyebabkan ketagihan.

Selamat bermain!



Rujukan:

No comments:

Post a Comment