Monday, April 2, 2018

Uniqlo akan melancarkan Weekly Shonen Jump 50th Anniversary UT April 2018 ini

Siapa peminat manga pasti mengenali majalah Weekly Shonen Jump, majalah manga mingguan yang sangat popular di Jepun. Antara manga yang terkenal ialah Dragon Ball, Naruto, One Piece, Bleach, Hunter x Hunter dan banyak lagi.

Tahun ini, pihak Weekly Shonen Jump telah bekerjasama dengan Uniqlo untuk mengeluarkan baju t-shirt Uniqlo UT berasaskan grafik daripada anime popular keluaran syarikat tersebut. Ia bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 Weekly Shonen Jump yang telah menghiburkan ramai peminat-peminat manga dan anime di seluruh dunia..


T-shirt keluaran khas yang menerima 40 jenis rekaan ini telah mula dijual di Singapura, yang mana ia akan tiba di kedai-kedai Uniqlo di Malaysia pada bulan April 2018 ini.



Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk pada link rujukan dibawah.

Rujukan:



No comments:

Post a Comment