Saturday, August 31, 2019


Untuk edisi terkini, Dirt Rally 2.0 telah di-release pada 28 February 2019. Penulis agak ketinggalan nak follow title ni sebab kekangan masa untuk bermain (main FIFA atau PES je buat masa ni sebab cepat habis). Namun, Humble Bundle, sebuah digital online store yang menyediakan promosi game telah announce untuk memberikan game Dirt Rally (bukan Dirt Rally 2.0) secara percuma buat peminat (limited copies).

Kredit Gambar: Steam Lowyat.net


Bagi peminat game genre rallyDirt Rally bukan satu game title yang asing buat diaorang. Siri keluaran daripada Codemaster ni boleh dikatakan salah sebuah masterpiece yang pernah diterbitkan oleh mereka. Penulis agak beruntung sebab berpeluang main game ni sejak tahun 1998, edisi debut/pertama game Dirt (dahulu dikenali sebagai Colin McRae Rally) keluaran Codemaster.

Kredit Gambar: google.com


Untuk redeem, korang boleh register kat Humble Bundle dan subscibe newsletter diaorang. Lepas tu follow step-by-step arahan yang diaorang bagi. Jangan lupa download Steam untuk download dan main game ni. Promosi ni berakhir pada 1 am Isnin waktu Malaysia.


Kredit Gambar: google.com

P/S: Kalau time tak free, game ni harganya RM65, agak mahal untuk game tahun 2015. Cepat grab game ni sebelum terlambat.


Rujukan: Humble Bundle Lowyat.net

Thursday, August 22, 2019

Konami, pembangun 'game' eFootball PES 2020 telah mengesahkan kelab Johor Darul Ta'zim tersenarai dalam salah sebuah kelab Asia didalam siri game tersebut, untuk slot AFC Champions League. Kali terakhir pasukan kelab bolasepak Malaysia terlibat dalam video game bolasepak ialah dalam siri FIFA 98 (EA Sports). Tak pernah lagi untuk siri PES sebelum ni.

Kredit gambar: The Vocket FC

Senarai kelab untuk AFC Champions League dah disenaraikan melalui website Konami. Senarai pasukan tanpa lesen penuh kelab turut disenaraikan. Namun untuk AFC Champions League, Konami berjaya mendapatkan hak penuh untuk setiap kelab yang terlibat. JDT berjaya disenaraikan selepas Kitchee FC, kelab dari Hong Kong, gagal layak ke slot AFC Champios League edisi untuk tahun ni.

Kredit gambar: Konami

Selain daripada fokus kepada club licencing, banyak pembaharuan dapat dilihat terutama selepas korang try bermain demo PES 2020 terbaru ni. Seperti yang ramai dah tahu, PES 2020 telah mendapatkan khidmat pemain tengah Vissel Kobe atau bekas pemain FC Barcelona, Andres Iniesta, sebagai Penasihat Teknikal bagi 'game' ni.

Kredit Gambar: Konami

Korang jangan lupa untuk dapatkan eFootball PES 2020 yang akan dilancarkan pada 10 September 2019 untuk platform PC, PS4 dan Xbox One.

Congrats JDT!


Rujukan: The Vocket FCKonami

#PES2020 #konami #bajetahusukan #bajetahuhobi #JDT

Tuesday, August 6, 2019

Akhir-akhir ni macam-macam fesyen pelik yang dikeluarkan oleh jenama terkemuka. Selepas design bag IKEA, Balenciaga, salah satu nama ikonik dalam industri fesyen telah mengeluarkan handbag bersaiz XL yang mempunyai bentuk sebuah bag 'toto'.


Bag tote tersebut mempunyai dimensi (W)23 x (H)18.3 x (D)8.6 inci, tak ubah seperti bag toto dari kawasan bebas cukai di utara Malaysia. Design seperti ini pasti dirindui terutamanya oleh ibu-ibu kami.


Dengan harga yang mencecah ~RM12,000 seunit, ia mungkin agak berbaloi bagi yang mampu kerana diperbuat daripada kulit kambing yang berkualiti tinggi dan design yang agak rare dicetak diatasnya. Namun untuk rakyat marhaen, bag 'toto' dari Bukit Kayu Hitam atau Pengkalan Kubor sudah memadai.

*P/S: Biarpun designnya macam ni, bag ni dah pun sold out! Silap-silap harga toto pun naik nanti. 

Rujukan: Balenciaga.com Blogserius
Kredit foto: Balenciaga.com Google.com

Monday, August 5, 2019

Pertahanan tengah England tersebut akan menawarkan banyak pilihan untuk United kerana bintang pertahanan tersebut mempunyai pengalaman bermain dalam bentuk posisi pertahanan bertiga dan berempat untuk kelab dan negara.


Selepas melalui saga pemindahan yang ketidakpastian, Harry Maguire akhirnya menyertai Manchester United dari Leicester City.

Sementara Ole Gunnar Solskjaer masih jauh dalam proses membina semula pasukan di Old Trafford, pasukan United beliau telah nampak terbentuk.


Dengan tumpuan yang memfokuskan kepada bakat muda, para pemain bersedia untuk meneruskan perjuangan mereka yang selari dengan pengalaman mereka dalam bolasepak Inggeris. Pengendali dari Norway tersebut berharap pasukannya dapat turun ke permulaan musim dengan lebih baik daripada ketika di bawah Jose Mourinho pada 2018-19.

Rujukan: Goal
Kredit foto: Getty manchesterunited.com

Sunday, August 4, 2019

Secara tak sengaja, salah seorang staff Capcom ter'post' watak baru untuk DLC Street Fighter V di Steam .



"Pada hari rabu minggu ini terdapat satu mix-up dalam publishing process di Valve yang menyebabkan trailer go live lebih awal daripada waktunya. Trailer tersebut termasuk major reveal untuk Poison, Lucia dan E. Honda yang menyertai senarai pemain," kata jurucakap Valve di platform Steam.


"Ia adalah satu situasi yang dikesalkan dan tak sengajakan, dan kami telah menggunapakai kaedah untuk mengelakkan masalah seperti ini daripada berulang. Ramai juga peminat Street Fighter dan kami mohon maaf atas masalah ini."

Watak-watak untul DLC terbaru tersebut boleh didapati secara individual mulai 4 Ogos 2019 dan Summer 2019 Character Bundle boleh didapati pada 5 Ogos 2019.

Street Fighter V kini boleh dimainkan secara percuma sehingga 11 Ogos 2019.

*P/S: Last game main Super Street Fighter IV, boleh try dah yang latest sbb free.

Rujukan: PC Gamer
Kredit foto: PC Gamer google.com
#PCGamer #StreetFighterV #DLC #bajetahuhobi #putrajaya #cyberjaya

Friday, August 2, 2019

Sebenarnya penulis dah lama tak main video game PES atau Pro Evolution Soccer ni. Last time tahun 2013 dengan siri PES 2014, versi PS3. Lepas tu memang siri FIFA menjadi pilihan atas sebab online matchmaking dia better dari siri PES lepas mampu guna PC yg cukup spec. PES memang sampai ke sudah tak dapat fix issue ni kalau baca komen kat page Steam.


Kini, PES akan membuat kemunculan untuk tahun 2019/2020, dengan re-branding title sebagai eFootball PES 2020. Kemungkinan besar untuk online matchmaking makin better. Agak confident Konami kali ini, mengunakan title eFootball selepas franchise European brand manager, Lennart Bobzien, bagitau game ni lebih memfokuskan ke arah e-sport.


Untuk eFootball PES 2020 kali ni, pihak Konami telah berjaya mendapatkan lesen dari kelab-kelab besar sampai FIFA 2020 nanti akan kehilangan lesen untuk Juventus (rasakan EA Sports! first time takde Juve dalam FIFA..haha). Antara kelab yang buat come-back ialah Manchester United dan Bayern Munich. Penulis berharap Real Madrid jugak akan buat come-back untuk tahun depan.

 
 

Versi demo dah launch pada 30 September 2019 baru-baru ni. 

Dibawah ni full demo review dari channel Youtube TheTrueBrits yang agak detail. Penulis agak malas nak tulis panjang-panjang jadi video dibawah review untuk tatapan korang. Nanti kita pikir buat original content dalam bentuk video masa terdekat ni 😄.

TheTrueBrits - [TTB] PES 2020 DEMO - FULL IMPRESSIONS! - MATCH AFTER MATCH GAMEPLAY!

Rujukan: GamespotTheTrueBrits
Kredit foto: Bajetahu

#PES2020 #konami #eSports #bajetahusukan #bajetahuhobi #Cyberjaya #Putrajaya


Pada hari ini, kami pergi ke House of Kambing untuk tryout. Lokasi dia kat kawasan MAEPS, Serdang. Kalau Google je confirm dapat location dia. Macam biasa, kami pergi ke restoran tu lepas waktu lunch. Expectation kami agak melangit, dah letak nama restoran fancy sangat siapa suruh.





Location restoran ni agak interesting sebab dia terletak kat kawasan berbukit, bersebelahan dengan kolam ikan dan sebelah lagi kandang kambing biri-biri. Siap ada unta seekor. Sampai kat entrance restoran ni, kami terus mencari meja sebab memang tak ada penyambut tetamu.



Menu diletakkan kat depan kami untuk pilih sebelum order. Menu makanan dia ringkas gile. Hanya ada a few pilihan sebab semua berasaskan kambing. Tapi, bagi yang tak suka kambing tu, masih ada lagi set lain macam set bersama ayam tapi agak limited (dah nama restoran House of Kambing,  of course lah hidang kambing) . Jadi senarai yang kami order seperti di bawah:

  • Nasi Kukus Kambing Bakar - Nasi putih dan daging kambing yang disertakan dengan sos kambing bakar istimewa + kari kambing kosong, sambal hijau, timun dan kobis mentah. 
Cara presentation dalam menu? (tengok gambarlah) - awesome gile. Tapi biasanya tak meet expectation (kedai mana-mana pun sama kalau dah kat area bandar ni). Combination makanan ni agak 'masuk'. Sos istimewa dia agak savory (kicap based - bukan macam black pepper sauce) ditambah dengan daging bakar yang smokey, memang mantap. Cuma kepingan daging kambing tu nipis dan tak banyak dalam 3 slices je, kurang moist - jadi kurang berbaloi dengan price. Benda yang paling boleh puji, sambal hijau dia dengan kari kambing kosong.




  • Sup Kambing + Nasi (tambahan) beserta sambal hijau, kobis mentah, timun dan kari kambing kosong.
Untuk sup kambing ni, perencah yang dia dipakai memang sangat thick. Boleh rasalah buah pelaga, bunga lawang, cengkih kayu manis dan sebagainya sebab rasa rempah tu agak kuat tapi balanced. Hidangan ni memang macam tu sebab nak hilangkan bau kambing tu at least bolehlah nak makan kan? Tapi yang terkilannya, portion untuk daging kambing tu sikit gila, dan agak liat. Dalam tu ada dalam empat slices kecil je untuk mangkuk yang besar. Rasa sup dia memang mantap tapi kalau nak kenyang memang taklah. Dengan harga RM10 semangkuk, korang rasa macam mana? Berbaloi?



  • Teh Ais + Air Kosong (ais)
All time favourite! Nak cerita apa lagi?


Itulah sedikit sebanyak pengalaman kami makan dekat 'House of Kambing'. Overall opinion aku -biasa je. Environment restoran ni agak best tapi kecewa part portion makanan versus harga. Jadi untuk mengurangkan rasa kekecewaan kami, ni sandwich aiskrim untuk tatapan korang (kebetulan ada penjual aiskrim kat luar kedai). 


Kepada yang berminat nak rasa tu bolehlah datang kalau nak rasa kelainan dan nak rasa kelainan masakan kambing. 

Sehingga lain kali.

#houseofkambing #bajetahumakan #cyberjaya #maepsserdang

Thursday, August 1, 2019

Manchester City dah mulakan sambutan 125 tahun dengan lancarnya kit edisi khas, 'Manchester City 125th anniversary'. Jersi ini akan berada di pasaran dari 29 Ogos 2019 untuk para penyokong.



Jersi Manchester City 125 years akan dipakai oleh pemain semasa Community Shield nanti, lawan Liverpool kat Stadium Wembley pada 4 Ogos 2019. Means, complete dah jersi Manchester City untuk season 19/20 ini. David Silva nampak bergaya dengan kit ni.


Jersi tak ada logo Puma kat hadapan jersi. Logo pasukan di bahagian dada kiri akan ada tulisan 125 tahun kat bawah dia untuk bagitau kelab ni.. dah lama dah. Yes, jersi ni pakai kolar roundneck yang simple warna putih beserta dengan jalur putih kat lengan. Kat bahagian dalam, kat belakang tengkuk ada tulisan 'Manchester City Since 1894' dan ada jugak 'Certificate of Incorporation' kat dalam bahagian dalam baju.






Hanya 1894 helai jersi ini akan dijual untuk versi authentic manakala versi 'fan' akan dijual seperti biasa.

P/s: harga dia confirm tahap firaun! Mampu tengok je la bro..

Rujukan: Footy Headlines
Kredit foto: Footy Headlines

#city #puma #125yearsanniversary #bajetahusukan #bajetahufesyen
Pada beberapa hari yang lalu, aku terdetik nak try makan kat restoran K-Fry di IOI City Mall, Putrajaya. Yes, sebab selalu ramai sangat beratur sampai aku rasa doesn't make sense kena tunggu turn just untuk makan. Nak dijadikan cerita, dalam pukul 3 petang hari tersebut, aku dengan wife buat kerja gila sebab tahap curiosity kami yang tinggi.

Queue memang takde, kosong je depan pintu masuk restoran ni masa kami sampai. Kalau masa lunch, memang aku ucap good luck untuk korang yg tunggu. Dari pintu masuk, boleh nampak interior kedai ni yg tak ubah macam kelab malam restoran masa malam, gelap tapi dipenuhi lighting neon dan lampu kuning. Itu first impression aku - agak bagus.

 


Kami disambut oleh staff restoran dan ditunjukkan meja makan kami. Disertakan jugak dengan menu dan dilayan macam first class. Belum habis decide nak makan apa, diaorang dah datang. So, agak tip-top servis kat sini. Diorang pun macam enjoy dengan task masing-masing. Nampak la, kalau compare dengan restoran lain (*cough* KFC).

Dipendekkan cerita, kami siap order menu kami. Tiga item je, tapi dah cukup nak memadatkan perut dan abdomen kami:-


  • K'Razy Spicy Cheezy Fried Chiken Bumbuk - Ayam Goreng bahagian tight yang diperasakan dengan sos pedas Korea, disertakan dengan keju Mozarella dan kentang goreng. Tambahan plain rice (untuk complete-kan jumlah nutrien).

Ini, memang serving untuk 2 orang tapi kami rasa 3 - 4 orang pun boleh cukup kalau order extra side dish. Mozarella yang dicairkan fresh depan mata oleh staff yang pakar, dibalutkan ke ayam gorang yang dah diperisakan dengan sos istimewa K'Fry. Boleh pilih tahap pedas coating ayam ni (ada 3 tahap) masa order. Dari segi rasa dan tahap masak ayam gorang ni, memang well cooked, isi yang juicy dan kerak yang rangup. Memang terbaik! French fries tu memang pelengkap set ni. Cuma kena cepat-cepat habiskan sebab keju mozarella cepat sejuk dan kurang anjal akibat air-cond.



  • NyanGpa Blossom - Bawang goreang yang disalut tepung istimewa dan digoreng rangup gaya K'rispy berserta dengan krim minyak white truffle dan sos istimewa K'Fry.
Setengah orang mesti cakap, bawang je pun! Tapi yang ni betul-betul, bukan coobaan..! Seriously, first time aku makan bawang je sebagai main ingredient. Item ni agak kurang popular bila ditanya staf kat sini sebab dari segi preparation yang renyah dan masa menunggu yang agak lama. Tapi kami tryout sebab ada good feedback sebelum ni. Seketul bawang yang dipotong berbentuk bunga dan digorang rangup, seperti gambar dibawah. Kalau makan saja memang agak savory, tapi itulah gunanya condiments timun dan lobak. Kombinasi yang terbaik bila cubit satu potongan bawang goreng, celup dalam sos istimewa dan terus memasukkan dalam mulut sekali dengan timun dan lobak untuk mengimbangkan rasa. Siapa sangka, sayur pun sedap bila kena gaya.


  • Peach Mojito Ade - Minuman cocktail sparkling diperisakan dengan pic, limau nipis dan mint. Tambahan plain water untuk kurangkan manisan, lebihkan senyuman.
Tak perlu nak ulas banyak. Fruit punch! Ada ke yang tak suka? Yang ni versi premium bagi aku sebab agak complete rasa minuman ni. Rasa pic yang cukup, rasa limau nipis yang cukup, tambahan mint untuk bagi rasa refreshing yang cukup dan ais yang menyejukkan. Satu gelas ni kami share sebab kalau boleh kurangkan manisan dalam diet harian.


Jadi, begitulah 'ekspidisi' kami ke K'Fry. Untuk yang belum cuba tu bolehlah try. Tapi peringatan, bawa wang yang cukup sebab sekurang-kurangnya total harga menu di atas ni boleh cecah dalam RM100. Cuma, bagi aku, it worth every penny we spend sebab jumlah serving yang besar. Why not cuba sekali sekala manjakan selera korang.

Untuk yang berkenan, bolehlah tengok senarai menu K'Fry disini: https://kfry.my/menu/ .

Hingga bertemu lagi!

#kfry #bajetahumakan #cyberjaya #putrajaya