Thursday, August 22, 2019

PES 2020: JDT Sah Kelab Pertama Malaysia Tampil Dalam Siri PES Terkini

Konami, pembangun 'game' eFootball PES 2020 telah mengesahkan kelab Johor Darul Ta'zim tersenarai dalam salah sebuah kelab Asia didalam siri game tersebut, untuk slot AFC Champions League. Kali terakhir pasukan kelab bolasepak Malaysia terlibat dalam video game bolasepak ialah dalam siri FIFA 98 (EA Sports). Tak pernah lagi untuk siri PES sebelum ni.

Kredit gambar: The Vocket FC

Senarai kelab untuk AFC Champions League dah disenaraikan melalui website Konami. Senarai pasukan tanpa lesen penuh kelab turut disenaraikan. Namun untuk AFC Champions League, Konami berjaya mendapatkan hak penuh untuk setiap kelab yang terlibat. JDT berjaya disenaraikan selepas Kitchee FC, kelab dari Hong Kong, gagal layak ke slot AFC Champios League edisi untuk tahun ni.

Kredit gambar: Konami

Selain daripada fokus kepada club licencing, banyak pembaharuan dapat dilihat terutama selepas korang try bermain demo PES 2020 terbaru ni. Seperti yang ramai dah tahu, PES 2020 telah mendapatkan khidmat pemain tengah Vissel Kobe atau bekas pemain FC Barcelona, Andres Iniesta, sebagai Penasihat Teknikal bagi 'game' ni.

Kredit Gambar: Konami

Korang jangan lupa untuk dapatkan eFootball PES 2020 yang akan dilancarkan pada 10 September 2019 untuk platform PC, PS4 dan Xbox One.

Congrats JDT!


Rujukan: The Vocket FCKonami

#PES2020 #konami #bajetahusukan #bajetahuhobi #JDT

No comments:

Post a Comment