Tuesday, August 6, 2019

Balenciaga: Bag 'Toto' untuk berfesyen

Akhir-akhir ni macam-macam fesyen pelik yang dikeluarkan oleh jenama terkemuka. Selepas design bag IKEA, Balenciaga, salah satu nama ikonik dalam industri fesyen telah mengeluarkan handbag bersaiz XL yang mempunyai bentuk sebuah bag 'toto'.


Bag tote tersebut mempunyai dimensi (W)23 x (H)18.3 x (D)8.6 inci, tak ubah seperti bag toto dari kawasan bebas cukai di utara Malaysia. Design seperti ini pasti dirindui terutamanya oleh ibu-ibu kami.


Dengan harga yang mencecah ~RM12,000 seunit, ia mungkin agak berbaloi bagi yang mampu kerana diperbuat daripada kulit kambing yang berkualiti tinggi dan design yang agak rare dicetak diatasnya. Namun untuk rakyat marhaen, bag 'toto' dari Bukit Kayu Hitam atau Pengkalan Kubor sudah memadai.

*P/S: Biarpun designnya macam ni, bag ni dah pun sold out! Silap-silap harga toto pun naik nanti. 

Rujukan: Balenciaga.com Blogserius
Kredit foto: Balenciaga.com Google.com

No comments:

Post a Comment